Tuesday, March 4, 2008

PENGENALAN

Medan InfoDesa Kg. Jijan mula beroperasi pada 20 Ogos 2007 setelah menerima taklimat pengurusan dan penyerahan daripada wakil Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, turut hadir KEMAS NS, FELCRA Kuala Lumpur, RISDA NS, Pengerusi JKKK Kg. Jijan dan Pengerusi GDW Jijan. Medan InfoDesa Kg. Jijan adalah diperingkat Daerah Seremban.

Medan InfoDesa Kg. Jijan adalah satu entity fizikal yang dilengkapi dengan prasarana ICT yang terletak di kawasan Desa. Oleh itu ia dapat digunakan sebagai pemangkin bagi merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat kampong ataupun sekeliling. Selain itu Medan InfoDesa Kg. Jijan juga adalah sebagai satu tempat atau fokus pertemuan fizikal dan maya warga desa. Selain itu ia dapat digunakan sebagai satu pusat latihan ICT untuk peringkat daerah dan seterusnya sebagai pemangkin keusahawanan ICT setempat.

No comments: