Friday, July 4, 2008

Wednesday, March 5, 2008

PELAN LOKASI

Medan InfoDesa Kg. Jijan (MID Jijan) adalah sebuah pusat ICT yang terletak di Mukim Labu dalam kawasan Nilai, Daerah Seremban di Negeri Sembilan di mana pintu masuk utama ke MID Jijan adalah melalui Pekan Salak, Kuaters KLIA, Kota Seriemas dan dari kampong LBJ.

Nama Medan InfoDesa : Medan InfoDesa Kg. Jijan (MID Jijan)
No. Telefon : 06-7914160
No. Fax : 06-7914160
Alamat Surat Menyurat : Medan InfoDesa Kg. Jijan, Padang Awam, Kg. Jijan
Tengah, 71800 Nilai N.Sembilan
Alamat Email : p_jijan@rurallink.gov.my

CARTA ORGANISASI

Tuesday, March 4, 2008

AKTIVITI-AKTIVITI







  1. 27hb hingga 29hb Ogos 2007 - Kursus Baik Pulih Alatan Komputer Oleh KKLW, FELCRA KL dan Stranmission Bhd.
  2. 29hb Ogos 2007 - Seminar Pendidikan Oleh Jawatankuasa MID Jijan dan Kenshido (M) Sdn. Bhd.
  3. 29hb hingga 31 hb Oktober 2007 - Kursus LKD Asas Siri 1 Oleh RISDA NS dan Jawatankuasa MID Jijan.
  4. 31hb Oktober 2007 - Taklimat Panel Hakim Anugerah Desa Cemerlang 2007 – Peringkat Daerah SEREMBAN Oleh Pejabat Daerah, KEMAS dan Jawatankuasa Pengurusan MID.
  5. 5hb hingga 7hb November - Kursus LKD Asas Komputer Siri 2 Oleh RISDA NS dan Jawatankuasa MID Jijan.
  6. 12hb hingga 14hb November 2007 - Kursus LKD Asas Komputer Siri 3 Oleh RISDA NS dan Kursus LKD Asas Komputer.
  7. 19hb hingga 21hb November 2007 - Kursus LKD Asas Komputer Siri 4 Oleh RISDA NS dan Kursus LKD Asas Komputer.
  8. 19hb hingga November 2007 - Taklimat Panel Hakim Anugerah Desa Cemerlang 2007 – Peringkat Negeri Oleh SUK N.S, KEMAS dan Jawatankuasa Pengurusan MID.
  9. 26hb hingga 28hb November - Kursus LKD Asas Komputer (Tambahan 1) – Sijil Oleh RISDA N.S Oleh Jawatankuasa Pengurusan MID.
  10. 3hb hingga 5hb Disember 2007 - Kursus LKD Asas Komputer Siri 5 Oleh RISDA NS dan Jawatankuasa Pengurusan MID.
  11. 10hb hingga 12hb Disember 2007 - Kursus LKD Asas Komputer Siri 6 Oleh RISDA NS dan Jawatankuasa Pengurusan MID.
  12. 17hb hingga 19hb Disember 2007 - Kursus LKD Asas Komputer (Tambahan 2) – Sijil Oleh RISDA N.S Oleh Jawatankuasa Pengurusan MID.
  13. 30hb Disember 2007 - Seminar Pengurusan Pentadbiran Pembangunan, Pembangunan, Keselamatan, Agama dan Kemasyarakatan NGO-NGO Kg. Jijan Oleh Jawatankuasa Pengurusan MID.

PERKHIDMATAN






  1. Latihan Asas dan kemahiran ICT
  2. Penggunaan Komputer dan Internet
  3. Perkhidmatan Portal Infodesa dan Agribazar
  4. Perkhidmatan Mencetak dan Mengimbas
  5. Maklumat Kampung Seluruh Negara
  6. Keahlian MID Jijan
  7. Sewaan Bilik Kursus/Belajar Komputer
  8. Sewaan Bilik Seminar atau Mesyuarat

PENGENALAN

Medan InfoDesa Kg. Jijan mula beroperasi pada 20 Ogos 2007 setelah menerima taklimat pengurusan dan penyerahan daripada wakil Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, turut hadir KEMAS NS, FELCRA Kuala Lumpur, RISDA NS, Pengerusi JKKK Kg. Jijan dan Pengerusi GDW Jijan. Medan InfoDesa Kg. Jijan adalah diperingkat Daerah Seremban.

Medan InfoDesa Kg. Jijan adalah satu entity fizikal yang dilengkapi dengan prasarana ICT yang terletak di kawasan Desa. Oleh itu ia dapat digunakan sebagai pemangkin bagi merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat kampong ataupun sekeliling. Selain itu Medan InfoDesa Kg. Jijan juga adalah sebagai satu tempat atau fokus pertemuan fizikal dan maya warga desa. Selain itu ia dapat digunakan sebagai satu pusat latihan ICT untuk peringkat daerah dan seterusnya sebagai pemangkin keusahawanan ICT setempat.